loading...

Download Film Khurafat: Perjanjian syaitan (2011)

Download Film Khurafat: Perjanjian syaitan (2011)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiYCUq3HlHYb2p3CfcTyRNLVG4Qc1cAewcPt90Ogl1Nie6idleoI9hwVZdx6y5I4VPo1qH2cdcz5PhWmz9M1UaRNV5iF6e2lYTF7WEjQ1Grq6YzN7JAHEv3kcCukt34rH-EvaHgYMRy70/s1600/IMG_1117.JPG

Khurafat: Perjanjian Syaitan (atau Khurafat) ialah sebuah filem seram arahan pemenang Pengarah Terbaik FFM 23 , Syamsul Yusof yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 13 Januari 2011. Filem yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali ini merupakan filem pertama arahan Syamsul Yusof, yang mengangkat tema kekufuran masyarakat yang sanggup 


meminta bantuan selain dari Allah.SinopsisKhurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tetapi, manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa 

disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan.Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama 

Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan.Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi 





loading...